Dunia

Lebih 100 hari berlalu, Miqdad al-Qawasmi akhirnya tamatkan mogok lapar

Selepas 113 hari sudah berlalu, tahanan Palestin menamatkan mogok laparnya di penjara Israel pada Khamis dan dijangka akan dibebaskan pada Februari tahun depan, menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin.

Miqdad al-Qawasmi, 24, berasal dari Hebron di Tebing Barat, memulakan mogok untuk membantah penahanan pentadbirannya, satu bentuk hukuman tanpa pertuduhan atau perbicaraan yang dikenakan oleh Israel.

Dia dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa penjara Israel untuk menamatkan mogok laparnya dan akan dibebaskan pada Februari 2022.

Qawasmi dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Kaplan di Rehovot berikutan keadaan kesihatannya yang semakin merosot pada Oktober.

Kumpulan hak asasi manusia memberi amaran bahawa dia berisiko untuk mati dan menggesa agar dia dibebaskan segera.

Pelajar universiti itu telah ditangkap beberapa kali oleh Israel sejak 2015 dan telah menghabiskan masa empat tahun di penjara Israel. Dia kali terakhir ditangkap di Hebron pada Januari.

Penahanan pentadbiran adalah dasar yang sangat kontroversi, digunakan hampir secara eksklusif terhadap rakyat Palestin.

Ia membenarkan penahanan tanpa pertuduhan atau perbicaraan untuk tempoh tanpa kemukakan rayuan atau mengetahui tuduhan yang dilemparkan kepada yang ditahan.

Untuk rekod, ramai banduan Palestin telah melakukan mogok lapar untuk membantah dasar tersebut.

Kayed al-Fasfous, 32 tahun dari kampung Dura dekat Hebron, telah melancarkan mogok lapar selama 120 hari, juga membantah penahanan pentadbiran Israel.

Banduan Palestin lain yang baru-baru ini melancarkan mogok lapar terhadap penahanan pentadbiran mereka termasuk Alaa al-Araj dan Hisham Abu Hawash, yang masing-masing tidak makan selama 95 dan 86 hari.

Terdapat 4,600 tahanan Palestin di penjara Israel, 500 daripadanya menjalani tahanan pentadbiran.

Oleh Hafeez Anuar

_____________________________________

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button