Lawatan muhibbah MAPIM dan Nada Murni santuni penggiat seni yang terkesan
menyumbang selagi ada
BUKIT BERUNTUNG : Covid-19 yang telah menular lebih setahun, memberi kesan kepada semua pihak terutamanya daripada segi kewangan dan kehidupan.
Antara golongan yang terjejas teruk adalah penggiat seni, dalam mereka menghiburkan kita melalui karya kepada masyarakat, mereka juga terganggu sumber pendapatannya.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama Nada Murni mengadakan lawatan muhibbah bagi menyantuni penggiat seni yang terjejas dan memberikan sumbangan berbentuk kotak bantuan makanan.
Agihan bertempat di Bukit Beruntung, di rumah seorang pelukis dan pelakon, Dinie Juri, atau lebih mesra dipanggil Pak Dinie. Beliau dan isterinya, Ummi Rose merupakan pelakon dalam filem Tujuh Petala Cinta. Pak Dinie, mengalami Glaucoma, sakit mata dan juga sakit saraf atas faktor usia.
Menurut Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol,
“Sasaran kami ialah membantu meringankan beban sesama ummah tidak mengira golongan. Dalam pada itu, golongan artis juga ramai yang terkesan akibat larangan untuk menjalankan aktiviti penggambaran di luar, sudah pasti pendapatan mereka terjejas. Kami sentiasa mencuba apa yang termampu.”
Pak Dinie berkongsi cerita mengenai masalah penglihatan yang beliau alami akibat penyakit Glaucoma yang mengaburkan penglihatannya.
Turut menyentuh hati mengenai cabaran hidupnya apabila kereta beliau terpaksa ditarik kerana kesempitan hidup.
“Alhamdulillah, terima kasih kepada MAPIM atas sumbangan ini, tak sangka ada orang lagi masih ingat pada orang lama macam saya ni, ingat orang dah tak kenal saya lagi dah,” katanya.
Lawatan ini turut disertai oleh Pengerusi Nada Murni Mohd Asri bin Ubaidullah atau lebih dikenali sebagai Asri Rabbani beserta Isman Hijjaz.
Oleh Hafeez Anuar
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038