Dunia

Larangan bekerja waktu tengah hari dikuatkuasakan di Arab Saudi

Majikan yang melanggar peraturan tersebut boleh dikenakan denda sebanyak SR3,000 (RM3,517)

RIYADH : Larangan bekerja di bawah cahaya matahari mulai jam 12 tengah hari hingga tiga petang dilaksanakan di Arab Saudi bagi tempoh tiga bulan yang akan berkuat kuasa mulai Rabu meliputi semua syarikat dan sektor swasta, akan berterusan sehingga 15 September 2022.

Menurut laporan Saudi Gazette, jurucakap kementerian itu, Saad Al-Hammad berkata sekiranya majikan melanggar peraturan tersebut, mereka boleh dikenakan denda sebanyak SR3,000 (RM3,517).

Larangan itu selaras dengan tujuan Menteri Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial, Eng Ahmed Al-Rajhi mengharamkan kerja di tempat terbuka di bawah cahaya matahari bagi memelihara keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor swasta.

Dalam pada itu, jumlah denda itu akan berlipat kali ganda dengan jumlah pekerja yang terbabit dalam pelanggaran larangan kerja tengah hari, katanya.

Penutupan operasi syarikat bagi tempoh tidak melebihi 30 hari juga antara penalti yang dikenakan atau menutupnya secara kekal serta mengenakan denda dan menutup syarikat.

Menurut jurucakap itu, beberapa kawasan di beberapa wilayah dikecualikan daripada larangan bekerja tengah hari berikutan perubahan suhu kerana ia menurun di beberapa wilayah ke paras yang tidak memerlukan larangan bekerja pada waktu tengah hari.

“Kementerian melancarkan panduan prosedur khas untuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi mengelakkan kesan pendedahan kepada cahaya matahari dan tekanan haba,” katanya.

Keputusan larangan bekerja tengah hari tidak termasuk pekerja di syarikat minyak dan gas, serta pekerja penyelenggaraan kecemasan, dengan syarat langkah perlu diambil untuk melindungi mereka daripada bahaya cahaya matahari secara langsung.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button