Kerohanian
Trending

Larangan bagi mereka yang melakukan ibadah korban

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

Menyembelih haiwan korban adalah sunat muakkad, iaitu perkara yang sangat di tuntut kepada umat Islam. Pada setiap 10 Zulhijjah kita akan meraikan Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha.

Ia adalah salah satu ibadah yang agung sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s kepada anaknya Nabi Ismail a.s sebagai memenuhi perintah Allah SWT malah, peristiwa inilah disyariatkan untuk kita melaksanakan ibadah korban, ia merupakan amalan yang mendekatkan kita kepada Allah SWT.

Dalam hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” Riwayat Tarmizi

Menyembelih haiwan korban seperti kambing, lembu atau unta hanya boleh dilaksanakan selepas solat Hari Raya Aidiladha sehingga akhir hari Tasyrik. Oleh itu, pada 10, 11, 12, 13 Zulhijjah sahaja boleh lakukan sembelihan korban.

Apa yang perlu diberi perhatian oleh peserta ibadah korban adalah beberapa larangan yang perlu dipatuhi supaya dapat melaksanakan ibadah sunnah ini dengan baik.

Justeru itu, apabila sudah masuk bulan Zulhijjah (1 Zulhijjah) maka disunatkan bagi orang yang ingin menunaikan ibadah korban untuk tidak memotong rambut dikepalanya, wajahnya, atau badanya.

Malahan, tidak memotong kuku sehingga dia selesai menyembelih korbannya. Dalam hadis daripada Ummu Salamah RA bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.”  Hadis riwayat Imam Muslim

Justeru itu, bagi mereka yang ingin melakukan ibadah korban disunatkan untuk tidak memotong kuku, rambut serta bulu-bulu yang berada di badan sehinggalah selesai dia melakukan ibadah korban tersebut.

BACA JUGA
Korban luar negara, larangan memotong kuku dan bulu adakah berbeza?

Mari melaksanakan ibadah korban 2023/1444H bersama MAPIM Malaysia.

Mengapa MAPIM Malaysia?

✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.

Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.

Dengan izin Allah, ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.

“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.”  
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Sertai ibadah korban bersama MAPIM Malaysia, layari  www.ibadahqurban.com

ATAU

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016. 

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button