Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
RIYADH : Lapan orang cedera dalam serangan melibatkan satu serangan dron di Lapangan Terbang Abha di wilayah Aseer dekat Laut Merah, Arab Saudi pada Selasa.
Menurut tentera perikatan yang diketuai Arab Saudi, pertempuran bersama kumpulan Houthi di Yemen sedang berlangsung sejak 2014, manakala Arab Saudi dan sekutu-sekutunya campur tangan dalam perang saudara di negara berkenaan.
Dalam sebuah kenyataan di stesen televisyen Al-Ekhbariya, serangan kedua dron berjaya dipintas dan ditembak jatuh.
Serangan kedua itu merupakan satu jenayah perang selepas Arab Saudi memintas satu lagi dron pada awal hari berkenaan.
Tambah tentera perikatan, mangsa-mangsa yang cedera dalam kejadian dikenal pasti seorang warganegara Arab Saudi, soerang rakyat Nepal, tiga warga India dan tiga lagi dari Bangladesh.
Dilaporkan, penerbangan terpaksa dihentikan sementara bagi memastikan keselamatan pesawat yang berlepas dan tiba di lapangan terbang berkenaan.
Mangsa yang cedera disebabkan terkena serpihan-serpihan dron yang ditembak jatuh itu.
Dalam pada itu, kumpulan Houti yang berjaya menyingkirkan pentadbiran kerajaan Presiden Abdrabbuh Mansur Hadi dari ibu kota Sanaa yang kemudian menjadikan Aden di selatan negara tersebut sebagai pusat pentadbirannya.
AGENSI
Nurshazlin Shahrom