Covid19Semasa

Lanjut atau longgar PKP?

Rakyat tertanya-tanya

PUTRAJAYA : Tinggal dua hari lagi Perintah Kawalan Pergerakan, PKP, dilaksanakan.

Keputusan sama ada ia dilanjutkan atau dilonggarkan  sekali menjadi tanda tanya seluruh rakyat Malaysia.

Hari ini (Selasa) dikatakan  Majlis Keselamatan Nasional (MKN) bermesyuarat sebelum memutuskan sebarang keputusan di samping mengambil kira keseimbangan antara kehidupan dan ekonomi.

Apakah benar keputusan itu bakal diketahui hari ini?

Yang pasti sumber memberitahu segalanya akan diperincikan dengan lebih lanjut mengenai makna pengumuman persediaan rakyat selepas 4 Februari.

PKP di seluruh negara dikuatkuasakan bermula pada 13 Januari lalu dijadualkan berakhir pada 4 Februari iaitu Khamis ini.

Namun kerajaan pastinya akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap sesiapa yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bermula 4 Februari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin ( 1 Feb)

“Saya ingin makklumkan bahawa mulai 4 Februari, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.” – Menteri Kanan Keselamatan / Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Pada 26 Januari lalu, beliau berkata keputusan sama ada kerajaan akan melaksanakan (PKP) sepenuhnya seperti dilaksanakan akan diumumkan sebelum 4 Februari depan.
Kata beliau perkara itu akan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kewangan (MoF) dan Bank Negara Malaysia (BNM).
Tambah beliau, pelbagai aspek akan dipertimbangkan khususnya kesan pelaksanaan PKP penuh itu kepada sektor ekonomi dan kesihatan.
“Pelbagai reaksi timbul apabila dimaklumkan tentang pelaksanaan PKP1 (PKP sepenuhnya), ada pihak setuju dan ada yang tidak kerana mereka mahu PKP1 dilaksanakan bagi menutup sepenuhnya semua operasi iaitu tiada perniagaan dan rakyat… duduk di rumah seperti dilakukan dulu dengan alasan boleh membantu percepatkan penurunan kes harian COVID-19.”
“Ramai juga tidak bersetuju, jadi ada pelbagai reaksi, mereka tidak setuju PKP1 terutamanya mereka yang berniaga atau peniaga mikro yang setengah daripada mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang serta bergantung sepenuhnya kepada pendapatan harian.”
Sehubungan itu, katanya sebarang keputusan kerajaan akan dinilai secara menyeluruh dan memang aspek kesihatan kita perlu jaga, tetapi dalam masa yang sama kita mahu lindungi kepentingan rakyat terutamanya golongan miskin yang terpaksa bergantung kepada pendapatan harian,”
Malah pada sehari sebelumnya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, turut memberi bayangan  bahawa  PKP yang bakal berakhir pada 4 Februari ini tidak akan dilanjutkan kerana ia memberi kesan negatif terhadap ekonomi.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button