Madrid – Langit di selatan Sepanyol bertukar menjadi warna jingga dan dipenuhi dengan udara panas, disebabkan oleh Fenomena ribut Celia yang membawa debu dari Gurun Sahara, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Susulan kejadian itu, orang ramai tidak dibenarkan berada di luar banggunan untuk tempoh yang lama, amaran ini diberikan oleh Laboratorio de Climatologia di Universiti Alicante.
Selepas pegawai-pegawai Sepanyol mengeluarkan keputusan penilaian kualiti udara yang sangat buruk, penduduk juga disarankan menggunakan pelitup muka.
Pakar-pakar juga memberi amaran bahawa ribut itu akan menuju ke Britain dan di beberapa kawasan, penduduk tempatan diberitahu untuk mengelak daripada bersenam di kawasan terbuka.
Sebelum ini, ketua klinikal dari Asthma Britain, Dr. Andy Whittamore telah memberi amaran mengenai risiko yang berpunca daripada debu dari Sahara itu.
“Udara beracun boleh menyebabkan manusia sukar bernafas serta boleh menyebabkan semput, batuk, sesak nafas dan serangan asma yang mengancam nyawa.
“Debu Sahara boleh menimbulkan risiko serius kepada 5.4 juta penduduk di Britain yang menghidap asma. Habuk dan jenis pencemaran udara lain adalah pencetus utama kepada penghidap asma,” ujarnya.
Katanya lagi, beliau turut mencadangkan penghidap asma untuk sentiasa membawa alat penyedut sekiranya gejala mereka bertambah teruk.
– Agensi
Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today