Semasa

Laluan Karak-Lanchang masih ditutup :LLM

Arah ke Kuantan, KL sudah boleh dilalui

KUALA LUMPUR : Banjir yang melanda enam negeri di Semenanjung menyebabkan beberapa laluan utama dinaiki air.

Kebanyakan pengguna yang tersekat perjalanan merujuk Lembaga Lebuh raya Malaysia untuk bertanyakan laluan bersesuaian diambil untuk pergerakan mereka.
Sementara itu Lembaga Lebuh raya Malaysia dalam ciapan di twitternya di https://twitter.com/LLMinfotrafik
sehingga jam 4:13 petang ini berkata, Lebuh raya Pantai Timur 1 di KM84.6 laluan kedua-dua arah, Karak-Lanchang masih ditutup.
Trafik juga dikatakan masih sesak sepanjang 5.0 km dari Termerloh ke susur keluar Plaza Tol Lanchang (arah Barat).
Pergerakan keluar harus menggunakan EXIT 816, Persimpangan Lanchang.

Manakala pergerakan trafik perlahan sepanjang 4km dari Plaza Tol Gambang ke R&R Gambang.

Ini berikutan kesan limpahan air di Km 198.8.

Arah ke Kuantan pula semua lorong telah dibuka manakala Arah ke Kuala LumpurĀ  lorong kanan sudah boleh dilalui.

Namun lorong kecemasan dan perlahan masih ditutup.

Bagaimanapun, pengguna laluan lebuh raya LPT1 di Km84.4-KM 84.7 dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan buat sementara waktu untuk keselamatan.Ā 

– Ā @LLMinfotrafik

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button