TEBING BARAT: Tentera israel telah menembak mati seorang umat Islam Palestin dan mencederakan sekurang-kurangnya empat yang lain, dua dalam keadaan serius di bandar Nablus, Tebing Barat yang dicerobohi, menurut Kementerian Kesihatan Palestin dan Bulan Sabit Merah.
Agensi berita Reuters melaporkan seorang telah ditembak mati sebelum subuh pada hari Khamis, ketika pejuang berhadapan dengan tentera dan peneroka haram israel di kawasan Nablus.
Sekurang-kurangnya 4 rakyat Palestin mengalami luka kesan tembakan dan 2 lagi dalam keadaan serius, menurut Bulan Sabit Merah Palestin.
Pertempuran tercetus antara pejuang dengan tentera israel di bahagian timur Nablus, sebuah bandar Tebing Barat yang disifatkan telah menjadi ‘pusat tradisi’ penentangan Palestin terhadap pencerobohan israel.
Watch: Israeli occupation forces storm, last night, the eastern area of the occupied West Bank city of Nablus to secure the settlers’ raid into Joseph’s Tomb, attacking residents and journalists by firing tear gas canister and live bullets. pic.twitter.com/SenJogsQs2
— Quds News Network (@QudsNen) July 20, 2023
Batalion Nablus Briged al-Quds, sayap bersenjata kumpulan Jihad Islam berkata, anggotanya bertempur dengan pasukan penceroboh dan kumpulan peneroka yang telah menyerbu kawasan Makam Yusuf, merujuk kepada sebuah kuil di bandar itu yang menyaksikan pertempuran berulang antara penduduk Palestin dan tentera rejim israel.
An Israeli soldier savagely attacked an elderly Palestinian man, while he was peacefully practicing his work in Masafer Yatta in the occupied West Bank. pic.twitter.com/oFSbcEXP2a
— PALESTINE ONLINE 🇵🇸 (@OnlinePalEng) July 16, 2023
Namun, tentera rejim tidak segera bertindak balas terhadap permintaan untuk mengulas mengenai pembunuhan terbaru seorang rakyat Palestin itu, berikutan serbuan israel awal bulan ini ke atas kem pelarian Jenin yang mengorbankan 12 pemuda Palestin, mencederakan kira-kira 100 yang lain, menyebabkan beribu-ribu melarikan diri dan mengakibatkan kemusnahan yang meluas ke atas infrastruktur awam.
Keganasan di Tebing Barat bertambah buruk sejak 15 bulan lalu, dengan peningkatan serbuan tentera israel, amukan peneroka haram di kampung Palestin dan serangan jalanan.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh penjajahan haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Ayuh bersama MAPIM dalam membantu mereka, klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia