Pemuda Palestin dikenali sebagai Mohammed Tawfiq Badarneh, 25, yang cedera parah semasa serangan tentera israel di bandar Yabad, barat daya bandar Jenin di utara Tebing Barat, telah meninggal dunia akibat kecederaannya, menurut Kementerian Kesihatan.
Tambahnya, seorang pemuda yang mengalami kecederaan kritikal didada telah di bawa ke Hospital Ibn Sina di Yabad sebelum disahkan meninggal dunia.
Laporan daripada Jenin melaporkan bahawa tentera menyerbu bandar itu pada awal petang dan mengepung sebuah rumah, memanggil penghuninya keluar dan dipaksa menyerahkan diri.
Ia diikuti dengan pertempuran antara penduduk tempatan dan tentera israel yang merompak selepas mereka mengepung rumah bekas tahanan Palestin, Abdel-Ghani Herzallah dan dikerah menyerah diri.
Pertempuran bersenjata pula tercetus antara askar dan lelaki bersenjata yang mengakibatkan Badarneh terbunuh dan seorang lagi cedera sebelum tentera meninggalkan bandar selepas menahan seorang warga Palestin.
Lebih 206 rakyat Palestin telah terbunuh dalam pertempuran israel-Palestin di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis tahun ini, menjadikannya tahun paling teruk sejak 2006.
BACA JUGA
Pemuda Palestin bangkit, tidak gentar serangan zionis israel

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia