DuniaPalestinSemasa

Enam rakyat Palestin dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun

Tahanan Palestin berjaya lolos dari penjara Israel yang dikawal ketat namun ditangkap semula

TEBING BARAT :  Mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada enam tahanan Palestin di penjara Gilbou atas kesalahan cubaan untuk melarikan diri dari penjara keselamatan tinggi Israel pada September tahun lepas.

Enam tahanan itu — Mahmoud Ardah, Mohammed Ardah, Iham Kamamji, Yaqoub Qadri Munadil Infaat dan Zakaria Zubeidi, bekas ketua Briged Syuhada Al-Aqsa dan aktivis Fatah, turut dijatuhkan hukuman percubaan selama lapan bulan, serta denda 5000 Shekel (RM6,535) setiap seorang.

Lima lagi banduan yang didapati terlibat dalam rancangan melarikan diri itu dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan tempoh percubaan tiga bulan hingga enam bulan.

Enam tahanan Palestin itu berjaya membebaskan diri mereka pada 6 September 2021, dari penjara Gilbou, penjara Israel dengan keselamatan tinggi, melalui terowong rahsia yang dilaporkan telah digali oleh mereka.

Empat daripada mereka, Mahmoud Ardah, Mohammed Ardah, Yaqoub Qadri, Zakaria Zubaidi, telah ditangkap semula oleh rejim Israel pada 11 September lepas.

Ia selepas lima hari operasi berskala besar di seluruh Palestin yang diduduki menggunakan sistem teknologi tinggi manakala dua yang lain, Infaat dan Kamamji, ditahan semula pada 19 September, selepas 13 hari.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button