MAKASSAR: Sekurang-kurangnya 12 orang cedera apabila sebahagian kubah masjid di Sulawesi Selatan, Indonesia runtuh.
Masjid Ittifaqul Jamaah di Jalan Barukang, Ujung Tanah, Makassar, Sulawesi Selatan yang dibina pada 1993 dilaporkan runtuh ketika ratusan jemaah termasuk kanak-kanak berkumpul untuk menunaikan solat Tarawih.
“selesai solat Isya kemudian ceramah tarawih, sementara ustaz berdoa untuk bersolat tarawih tiba-tiba roboh kubahnya,” kata salah seorang jemaah bernama Lukman memetik dari sumber detiknews.
View this post on Instagram
Datuk Bandar Makassar, Danny Pomanto berkata mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital tentera, pusat kesihatan masyarakat Pattingalloang dan Hospital Akademis Jaury.
Siasatan sedang dijalankan dengan kerjasama jabatan kerja awam bandar untuk mengenal pasti punca kejadian, Ketua Polis Pelabuhan Makassar Yudi Frianto dipetik media sebagai berkata.
BACA JUGA
MAPIM ke Palu rasmi 4 masjid JAKIM sumbangan rakyat Malaysia