Krisis alam di Pasifik Barat ragut 3.5 nyawa setiap tahun – WHO
MANILA : Faktor isu alam sekitar khususnya di kawasan Pasifik Barat telah menyebabkan kira-kira 3.5 juta orang maut setiap tahun, menurut data yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.
Pengarah WHO di wilayah Pasifik Barat, Takeshi Kasai memaklumkan orang ramai terjejas dari segi kesihatan berikutan cuaca ekstrem seperti kemarau, gelombang panas, taufan, banjir dan kebakaran di pelbagai kawasan rantau itu.
Menurutnya lagi, setiap 14 saat satu kematian dilaporkan berpunca daripada pencemaran udara di Pasifik Barat.
WHO juga memberi amaran berkenaan kekurangan akses kepada air bersih, pantai dan terumbu terhakis dan kehidupan dan mata pencarian penduduk di di kepulauan Pasifik terancam ekoran peningkatan paras air laut dan rebut tropika.
Dalam pada itu, peningkatan penyakit bawaan vektor seperti denggi dan malaria, keracunan makanan dan minuman, hakisan tanah dan cuaca melampau membebankan lagi sistem kesihatan dan memberi kesan kepada golongan rentan.
“Ketika ini, pencemaran dan plastik ditemui sehingga di dasar lautan paling dalam dan gunung tertinggi serta telah memasuki rantaian makanan kita,” menurut WHO pada Isnin dalam kenyataan akhbar bertajuk “Kesihatan dan alam sekitar”.
“Ia petanda yang jelas, masa untuk bertindak sekarang,” kata Kasai yang turut memberi amaran bahawa “jika kita tidak bertindak hari ini, kita mempertaruhkan kesihatan pada masa hadapan”.
-AGENSI