EkonomiSemasa

KPDNKK saman penjual ayam Pasar Cabang Tiga

Oleh: Izzul Nazaruddin, wartawan pelatih

Semua penjual ayam di Pasar Cabang Tiga disaman oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Korperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebanyak RM 500. kerana melanggar undang-undang menipu harga jualan.

Sebuah video tular di laman web Twitter menunjukkan peniaga menunjukkan rasa tidak puas hati atas tindakan tersebut.

Video tersebut memaparkan salah seorang penjual yang tidak berpuas hati kerana mereka membeli ayam berharga RM 8.90 dan perlu menjual harga ayam dengan harga yang sama.

Namun isu yang tercetus adalah akibat daripada penipuan harga menjual.

Menurut akaun Twitter @OpsSenyum yang juga merupakan pembeli dalam satu ciapan berkata penjual mempromosikan harga ayam yang berlainan dengan harga akhir jualannya.

“Untuk pengetahuan semua, mereka tulis harga ayam RM8.90 per kilogram pada kedai mereka tapi bila beli, harga yang ditimbang ialah RM10 per kilogram”

“Mungkin sebab pembekal menjual dengan harga mahal tetapi kenapa perlu letak harga RM8.90 pada kedai? ,” menurutnya dalam satu ciapan.

Salah satu ciapan pengguna Twitter @OpsSenyum
Sumber: Twitter

Pengarah Kementerian KPDNHEP Negeri, Saharuddin Mohd Kia memberikan keterangan tentang isu itu dan berkata mereka dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 selepas ramai membuat aduan.

“Mereka mengelirukan pengguna dengan mempamerkan harga maksimum ditetapkan iaitu RM8.90 sekilogram, tetapi menjualnya melebihi harga ditetapkan, kita tidak mahu ada penipuan terhadap pengguna”

“Peniaga ayam segar juga gagal membuktikan harga yang dibeli daripada pemborong dan pembekal melebihi paras ditetapkan iaitu RM7.60,” katanya dalam satu sidang media.

Tambahnya lagi, kompaun RM 500 merupakan denda yang paling minima berbanding kesalahan lain yang dilakukan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button