Covid19DuniaSemasa

Kouta haji Malaysia akan diumum Arab Saudi

Kerajaan & Tabung Haji masih tunggu pengumuman rasmi

PUTRAJAYA : Kerajaan Arab Saudi akan berhubung dengan kerajaan Malaysia bagi peruntukan kouta jemaah haji pada tahun ini. Bagi kriteria pemilihan dan keadah pelaksanaan ibadah untuk musim haji kali ini.

Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifili Mohammad Al-Bakri berkata, Tabung Haji (TH) tetap melakukan persiapan operasi di tanah air sementara mendapat keputusan rasmi kerajaan Arab Saudi.

Beliau berkata, TH mengambil maklum aspek berkenaan susulan beberapa sebaran media kedua-dua negara berhubung perjalanan ibadah bagi muslim haji kali ini. Tabung Haji  membuat persediaan operasi haji di tanah air dan Tanah Suci sejak tahun lalu.

“Tabung Haji telah mengadakan  beberapa siri pertemuan dengan Kementerian Kesihatan untuk membincangkan mengenai kesihatan dan keselamatan jemaah di Tanah Suci.” Menteri Hal Ehwal Agama / Datuk Seri Dr Zulkifili Mohammad Al-Bakri

Mengulas lebih lanjut, Datuk Seri Zulkifili berkata, Kementerian Haji mengeluarkan kenyataan di laman media sosial memaklumkan hanya 60,000 jemaah haji seluruh dunia dibenarkan menunaikan ibadah haji bermula pada 17 Julai hadapan.

Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button