Kos mengerjakan haji akan meningkat
KUALA LUMPUR : Susulan perkembangan semasa mengenai prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan ketat yang dikuatkuasakan Kerajaan Arab Saudi bagi memerangi penularan Covid-19 dalam kalangan jemaah haji, kos mengerjakan haji diunjurkan meningkat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, menyatakan sebaik sahaja kos haji musim 1443H/2022 disahkan, Lembaga Tabung Haji (TH) akan memaklumkan kepada orang ramai.
“Ia termasuk suntikan vaksinasi, keperluan ujian PCR (ujian tindak balas berantai polimerase) untuk masuk ke Arab Saudi, serta penjarakan fizikal dan langkah keselamatan lain yang ada di Tanah Suci,’ katanya dalam respons yang disiarkan di laman web Parlimen.
Menurutnya, TH sedang meneliti harga yang terjejas akibat inflasi, serta sekatan dan cukai baharu di Arab Saudi seperti caj visa haji yang dikenakan kerajaan pada musim haji 1441H/2020 serta peningkatan cukai tambah nilai di Arab Saudi yang bermula pada Julai tahun lepas, peratusan meningkat daripada 5% kepada 15%.
Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) mengenai kos baharu menyelesaikan haji dan umrah yang diunjurkan meningkat berikutan prosedur SOP ketat kerajaan Arab Saudi.
-AGENSI
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM