DuniaPalestinPolitik

Korea Utara mengutuk kekejaman israel terhadap Palestin

Menganggap israel sebagai penyembelih

PYONGYANG : Korea Utara adalah antara negara yang tidak mengiktiraf kewujudan negara israel. Korea Utara juga memberi sokongan penuh kepada pejuang Palestin terutamanya pihak Hamas.

Dalam penindasan terbaru israel terhadap Palestin, Korea Utara mengutuk keras dengan menyatakan israel sudah mengubah Semanjung Gaza menjadi rumah sembelihan manusia dan pembunuhan kanak-kanak.

Penyataan keras itu disampaikan melalui Kementerian Luar Negara Korea Utara pada 4 Jun lalu. Memetik berita Newsweek, Kementerian Luar Negara Korea turut menganggap tindakan israel itu adalah kejahatan terhadap kemanusiaan.

“Tidak berlebihan sekiranya dikatakan bahawa Semenanjung Gaza sudah menjadi rumah sembelihan manusia yang besar dan tempat pembantaian kanak-kanak.”

Kementerian itu turut menambah, “Setelah pengeboman berakhir, Netanyahu dan pihak berkuasa israel berusaha menyembunyikan kejahatan mereka.”

Kementerian Luar Negara Korea Utara turut mengutuk israel kerana mengusir penduduk Palestin, meluaskan penempatan haram, dan menabur benih kebencian dengan menekan ibadah rakyat Palestin.

Penyataan dari Korea Utara tersebut bertepatan dengan International Day of Innocent Children Victims of Aggression yang dibuat oleh PBB. PBB menetapkan 4 Jun sebagai International Day of Innocent Children Victims of Aggression bagi memperingati kekejaman israel terhadap anak-anak Palestin dan Lubnan yang tidak bersalah pada Ogos 1982.

Selama beberapa dekad pemimpin tinggi Korea Utara telah menunjukkan solidariti kepada pihak Palestin dan mengutu israel. Solidariti itu membuka peluang Korea Utara bagi menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Arab.

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button