KAHRAMANMARAS: Korban gempa bumi di Turkiye terus meningkat kepada lebih 4,372 orang terbunuh serta beribu-ribu cedera menurut pegawai dan agensi.
Beribu-ribu bangunan runtuh di kedua-dua negara dan agensi bantuan terutamanya bimbang tentang barat laut Syria, di mana lebih daripada 4 juta orang sudah bergantung kepada bantuan kemanusiaan.
The magnitude 7.8 earthquake that struck Turkey and Syria is likely to be one of the deadliest this decade. Why was the quake so bad? https://t.co/vf37HkYfno pic.twitter.com/cwSRiaT42n
— Reuters (@Reuters) February 7, 2023
Jumlah korban Turki meningkat kepada 2,921 setakat pagi Selasa, menurut Yunus Sezer, ketua perkhidmatan bencana Turki.
Seramai 15,834 kecederaan telah dilaporkan, kata Sezer dalam sidang akhbar di Ankara.
Di Syria pula, 1,451 kematian dan 3,531 kecederaan telah dilaporkan.
The moment a child was born 👶 His mother was under the rubble of the earthquake in Aleppo, Syria, and she died after he was born , The earthquake.
May God give patience to the people of #Syria and #Turkey and have mercy on the victims of the #earthquake#الهزه_الارضيه #زلزال pic.twitter.com/eBFr6IoWaW— Talha Ch (@Talhaofficial01) February 6, 2023
Gempa yang berlaku, antara yang paling kuat melanda wilayah itu dalam tempoh lebih 100 tahun, melanda 23 kilometer (14.2 batu) timur Nurdagi, di wilayah Gaziantep di Turki, pada kedalaman 24.1 kilometer (14.9 batu), menurut Tinjauan Geologi AS.
BACA JUGA
Pemimpin dunia segera bantu keperluan kecemasan Turki & Syria