Korban di Gaza suatu ibadah dan bantuan
Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih
Penduduk di Gaza yang tidak pernah tenang dek kerana kezaliman rejim Israel sehinggakan hidup mereka diselubungi dengan ketakutan dan terpaksa mengemis di tanah sendiri.
Melihat kepada kemusnahan yang berlaku di bumi itu, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata ketakutan yang dialami oleh anak-anak kecil di sana. Bagaimana perasaan ibu ayah apabila melihat rumah yang mereka diami hancur sekelip mata, tanam-tanaman yang menjadi sumber makanan utama rakyat Palestin, musnah akibat kerasukan rejim zionis.
Pilu hati melihat keadaan mereka yang ditindas oleh kekejaman Israel yang merampas tanah air mereka.
Atas sebab itulah wujudnya keperluan untuk umat Islam melaksanakan ibadah korban di Gaza bagi meringankan beban makanan sebagai tanda ingatan buat mereka bagi meneruskan kehidupan.
Allah SWT sangat memuji orang yang bersedekah seperti dalam bentuk makanan terutamanya kepada mereka yang fakir miskin dan anak yatim sebagaimana dalam firman Allah SWT yang bermaksud:
“Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan.” Surah al-Insan: 8
Bekalan daging korban yang segar pasti membuatkan penduduk di sana gembira dan rasa dihargai, biarpun ia setahun sekali.
Beribadah di tanah Gaza tanpa perlu ke sana dengan menyertai ibadah korban kerana ia merupakan amalan yang tidak terhitung jumlah pahalanya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan” (HR Ahmad & Ibnu Majah)
Alangkah besarnya nilai korban yang kita laksanakan di sana. Semoga dengan sedikit bantuan yang kita berikan ini, sebagai ibadah yang dihitung di akhirat kelak.
Di kesempatan ini, rakyat Malaysia boleh membantu saudara kita di sana dengan melakukan ibadah korban di bumi Gaza dengan harga yang berpatutan. Insya-Allah dengan rezeki yang kita kongsikan ini akan menjadi ladang pahala untuk kita dan mampu berikan kegembiraan buat penduduk di sana.
Mari melaksanakan ibadah korban bersama MAPIM Malaysia.
Mengapa MAPIM Malaysia?
✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.
Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.
Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.
“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)
Bersama saudara budiman untuk sertai ibadah korban dan maklumat lanjut, layari : www.ibadahqurban.com
ATAU
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016.
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia