PalestinSemasa

Kongres AS halang pembiayaan UNRWA di Palestin

Pegawai AS bersiap sedia menghentikan secara kekal pembiayaan agensi utama PBB untuk rakyat Palestin kerana dibangkang di Kongres, walaupun pentadbiran Biden menegaskan kerja kemanusiaan kumpulan bantuan itu amat diperlukan.

Amerika Syarikat, bersama lebih daripada sedozen negara, menggantung pembiayaannya kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) pada Januari selepas Israel “menuduh” 12 daripada 13,000 pekerja agensi itu di Gaza mengambil bahagian dalam serangan 7 Oktober.

PBB telah melancarkan siasatan terhadap dakwaan itu, dan UNRWA memecat beberapa kakitangan selepas Israel memberikan maklumat kepada agensi berkenaan dakwaan itu.

Amerika Syarikat — yang merupakan penderma terbesar UNRWA, menyediakan $300-$400 juta setiap tahun — berkata ia mahu melihat hasil siasatan dan langkah pembetulan itu diambil sebelum mempertimbangkan untuk meneruskan pembiayaan.

‘Peranan kritikal’

Hanya kira-kira $300,000, baki dana yang telah diperuntukkan akan dikeluarkan kepada UNRWA dan masih memerlukan kelulusan kongres.

Bangkangan dari kedua-dua parti dalam Kongres untuk membiayai UNRWA menjadikannya tidak mungkin Amerika Syarikat menyambung semula sumbangan tetap dalam masa terdekat, walaupun negara seperti Sweden dan Kanada telah berkata mereka akan menyambung semula sumbangan mereka.

Rang undang-undang pembiayaan tambahan dalam Kongres AS yang merangkumi bantuan ketenteraan kepada Israel dan Ukraine yang disokong oleh pentadbiran Biden, mengandungi peruntukan yang akan menghalang UNRWA daripada menerima dana.

Pegawai AS berkata mereka mengiktiraf “peranan kritikal” yang dimainkan oleh UNRWA dalam mengagihkan bantuan di enklaf berpenduduk padat itu yang telah menghampiri kebuluran akibat serangan Israel sejak lima bulan lalu.

 

SUMBER: REUTERS

 

Related Articles

Back to top button