PalestinSemasa

Konflik Israel-Palestin: Angka kematian tertinggi setakat tahun ini

NEW YORK: Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timur Tengah, Tor Wennesland pada Isnin mendedahkan bahawa lebih 200 rakyat Palestin dan lebih 20 warga Israel telah terbunuh dalam konflik Israel-Palestin pada tahun ini, menandakan angka kematian tertinggi dalam tempoh setahun.

‘Saya amat bimbang dengan peningkatan keganasan antara kedua-dua pihak, memburukkan lagi keadaan dan menjejaskan penyelesaian aman terhadap konflik berkenaan,” Tor Wennesland memberitahu Majlis Keselamatan PBB.

Wennesland menggesa agar keganasan dihentikan dan semua pelaku bertanggungjawab, lapor Agensi media Anadolu.

Beliau juga menyatakan kebimbangan terhadap perluasan penempatan Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, yang merupakan pelanggaran nyata terhadap resolusi PBB dan undang-undang antarabangsa, menurut badan dunia itu.

“Kira-kira 4,800 unit rumah dibina di Kawasan C Tebing Barat pada tahun ini, dan bilangan unit rumah meningkat lebih tiga kali ganda daripada tahun sebelumnya – daripada 900 unit pada 2021 kepada 3,100 unit pada 2022“, katanya.

Beliau turut menggesa Israel menghentikan aktiviti perluasan penempatan serta merobohkan hartanah milik Palestin.

Beliau juga menyeru pemain serantau dan masyarakat antarabangsa mengambil langkah kukuh bagi mengubah trajektori negatif berkenaan dan mencari penyelesaian ke arah penyelesaian dua negara.

BACA JUGA
Gadis Palestin korban terbaharu tentera israel laknatullah


Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik :

www.tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button