Semasa

Kompleks Menara Condong ditutup

Oleh Hafeez Anuar

TELUK INTAN : Kompleks Menara Condong ditutup berikutan dikenalpasti sebagai kawasan berisiko tinggi jangkitan Covid-19.

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hilir Perak berkata individu dan sesiapa yang telah berkunjung ke Kompleks Menara Condong di sini diminta mengemaskini maklumat kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hilir Perak.

“Individu berkenaan hendaklah melengkapkan borang penilaian risiko yang boleh diakses menerusi pautan pada laman Facebook pusat tersebut.

“Sekiranya anda pekerja, penghuni atau pengunjung Kompleks Menara Condong sila lengkapkan borang penilaian risiko https://tinyurl.com/KompleksMC

“Jika anda sudah mempunyai gejala sila dapatkan pemeriksaan segera,” ujar kenyataan itu.

Berikutan itu, kompleks berkenaan telah diarahkan tutup oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) selama 10 hari sehingga 21 Ogos ini bagi kerja-kerja sanitasi.

 

 

 

Related Articles

Back to top button