Covid19Semasa

Kluster baharu di Bintulu, Sarawak

4 kru kapal positif

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di Bintulu, Sarawak hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu dikenal pasti di sebuah kapal dan setakat ini empat kes positif dikesan.

Menurutnya, kesemua kes positif itu adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan dua warga tempatan dan dua warga asing.

“Kluster itu dikesan susulan saringan Covid-19 yang dijalankan ke atas lima kakitangan kapal yang mengalami gejala.

“Daripada jumlah itu, empat orang didapati positif Covid-19 dan seorang masih menunggu keputusan pengesahan makmal.

“Kapal mereka bertugas itu mempunyai sejarah perjalanan ke Jepun,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mereka kini dirawat di Hospital Bintulu, Sarawak.

Bagaimanapun, katanya, kluster berkenaan tidak membawa risiko penularan jangkitan di dalam komuniti kerana ia kluster import yang terpencil di sebuah kapal.

Beliau berkata, aktiviti pengesanan kes aktif dan saringan kontak rapat sedang dijalankan.

“Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar turut dijalankan di kapal berkenaan,” katanya.

-Bernama

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button