Ekonomi

`KLIA Crazy Sale’ tawar diskaun 70%

Bantu peruncit ketika sempadan antarabangsa masih ditutup

SEPANG 23 Mac :  Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sekali lagi menganjurkan acara ‘KLIA Crazy Sale,’ yang menawarkan diskaun sehingga 70 peratus di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada bulan ini.

Menurut laman web malaysia airports holding, ia antara usaha untuk membantu peruncit ketika sempadan antarabangsa masih ditutup.

MAHB dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan,  jualan yang akan diadakan bermula Khamis (25 Mac)  hingga 28 Mac di Terminal 1 akan menawarkan produk runcit eksklusif yang tidak dikenakan cukai seperti minyak wangi dan kosmetik, coklat dan manisan, pakaian dan aksesori fesyen serta produk gaya hidup seperti peranti elektronik.

Produk-produk ini adalah daripada lapan peruncit utama lapangan terbang termasuk Eraman, Valiram, Dimensi Eksklusif, Heinemann, Sprint Cass, DR Group, Karyaneka dan Retail One.  Jualan kali ini turut menampilkan kehadiran sulung jenama tempatan, Batik Boutique bagi pasaran lapangan terbang, kata pengendali lapangan terbang itu.

Tahun lalu, MAHB berjaya menganjurkan dua acara KLIA Crazy Sale.

“Kami mengalu-alukan lebih 19,000 pembeli dan menyaksikan peningkatan purata jualan harian kepada 18 peratus daripada jualan pertama sehingga kedua,”

Sebagai langkah keselamatan, MAHB berkata, jumlah pembeli yang dibenarkan masuk di kawasan jualan pada satu-satu masa adalah terhad.

Laman web itu juga memaklumkan, pelanggan yang membelanjakan lebih RM250 dalam satu atau dua resit boleh menyertai Pertanding shop and win contest, dan butirannya boleh didapati melalui pautan http://bit.ly/2021KLIACrazySale

Related Articles

Back to top button