Covid19Semasa

KKM giat usaha hospital medan di Tawau

Kerjasama Angkatan Tentera Malaysia

PUTRAJAYA :  Kerajaan mempergiatkan usaha mewujudkan Hospital Medan Tawau, Sabah bagi menempatkan pesakit bukan koronavirus (Covid-19) dari Hospital Tawau.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit daripada perkhidmatan Obstetrics & Gynaecology, Paediatrics, Orthopaedic dan pembedahan am akan ditempatkan di hospital yang dibangunkan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Ini akan memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau untuk merawat kes-kes yang memerlukan penjagaan rapi iaitu kategori tiga hingga lima termasuk yang dirujuk dari daerah berdekatan khususnya Semporna,” – Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Tan Sri Dr Noor Hisham, berkata demikian menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.

Menurutnya, kes-kes yang tidak mempunyai gejala atau gejala ringan iaitu kategori satu dan dua akan terus ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Hospital Medan Tawau dibuka di Dewan Kompleks Sukan Tawau yang terletak 10 minit dari Hospital Tawau.

Tambahnya kementerian menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutamanya ATM membantu menjayakan hospital medan ini.

Hospital Medan Tawau dibuka di Dewan Kompleks Sukan Tawau yang terletak 10 minit dari Hospital Tawau.

Hospital Tawau merupakan antara sembilan hospital khusus merawat Covid-19 di Sabah.

Kadar penggunaan katil adalah sebanyak 71 peratus daripada kapasiti katil iaitu 1,018 buah.

Setakat ini, Sabah mencatatkan kes aktif tertinggi dengan 723 kes.-BERNAMA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button