
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dalam perkara berhubung penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin bagi memastikan sumbangan derma yang terkumpul sampai kepada saluran yang betul,
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, NGO tempatan memainkan peranan utama dalam memastikan sumbangan dan dana rakyat Palestin dapat disalurkan dengan sebaik mungkin.
“Kita akan aturkan sebaik mungkin berdasarkan kapasiti dan kemampuan yang ada pada kita. Insya-Allah kita akan adakan gerak kerja bagaimana untuk meningkatkan bantuan kepada penduduk Palestin, khususnya mereka yang telah kehilangan tempat tinggal, memerlukan rawatan dan ubat-ubatan,” – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) / Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Beliau turut memaklumkan mereka akan panggil NGO untuk berbincang dan menjadi rakan strategik dalam hal ini untuk memastikan bantuan yang diberikan benar-benar telus dan sampai.
Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar
*****
MASA UNTUK BERTINDAK
MAPIM Malaysia merayu infaq
rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke
https://www.billplz.com/tabungkilatgaza
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
562834636620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia