Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih
Kuala Lumpur : Bagi memperkasa golongan wanita dan ibu tunggal yang ingin mengetahui hak mereka, boleh mendapatkan maklumat tersebut di laman sesawang khas sebagai platform.
Pelbagai isu mengenai ibu, wanita, maklumat berkaitan hak pekerja, alam sekitar dan sebagainya yang boleh di dapati di laman sesawang https://www.mothering.world/ malah, ia baru sahaja dilancarkan dan bertemakan keibuan.
Laman sesawang khas ini diwujudkan bagi melihat institusi keluarga dan sumbangan ibu sebagai faktor yang sangat penting. Inisiatif ini dihasilkan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.
“Laman sesawang ini bagi menghargai semua ibu dan pengorbanan besar mereka. Saya sendiri seorang ibu dan memahami apa yang diperlukan dalam mengurus keluarga dan apa perlu dikorbankan untuk memastikan mereka hidup sempurna serta gembira.
“Walaupun menggalas tugas sebagai Menteri, saya sentiasa memastikan tanggungjawab sebagai ibu tidak diabaikan kerana keluarga sangat penting, selain perlu ada masa untuk bersama yang tersayang,” katanya
Tambahnya lagi, dunia akan menjadi ‘tempat menakutkan’ tanpa adanya golongan ibu.
“Tidak kira berapa usia seseoang itu, dengan kasih sayang, tunjuk ajar, bimbang dan kebijaksanaan ibu, kitab oleh melangkah ke depan dengan penuh keyakinan,”katanya.
Beliau bersetuju, dalam kesibukan bekerja, mengurus rumah tangga dan pelbagai komitmen lain lagi, ramai wanita berdepan dengan kesukaran membahagi masa.
“Jangan kita lupa wanita dan kanak-kanak perlukan sokongan yang kuat, kasih syanag dan perhatian dalam melalui kehidupan yang penuh mencabar ini,” katanya.
-Agensi