DomestikSemasa

Kilang tutup, perniagaan merudum jerat kehidupan

MAPIM Malaysia peka keadaan mangsa terkesan pandemik

SHAH ALAM : Atas semangat prihatin dan empati. Semua pihak memainkan peranan membantu golongan terkesan pandemik.

Semua pihak memainkan peranan membantu golongan terkesan pandemik

Misi ke Shah Alam ini melibatkan bantuan dari ibu pejabat MAPIM Malaysia dan MAPIM cawangan Shah Alam bersama Aishah Binti Mohd Zain, Ahli Majlis Zon 8, MBSA dan Abdul Karim Bin Kanun, Pengerusi Kawasan Perbadanan Pengurusan Anggerik 34.

Kepesatan ekonomi dan pembangunan di bandar raya Shah Alam menempatkan kilang-kilang besar bagi syarikat tempatan dan luar negara. Bertahun kemajuan dikecapi, namun pandemik COVID-19 memberi impak besar ke atas ekonomi sebahagian warga Shah Alam.

Penulis kali ini menyertai MAPIM Malaysia ke Pangsapuri PKNS, Seksyen 24 Shah Alam.

Cuaca agak terik, seolah merasai getirnya kehidupan yang dihadapi oleh ibu tunggal Roslah Binti Noordin, 54 tahun yang telah kematian suami 7 tahun lalu kerana kemalangan jalan raya.

Roslah Binti Noordin, berniaga bantal secara sambilan bagi menampung kehidupan

Namun beliau cekal membesarkan dua orang anak. Anak yang sulung, perempuan 18 tahun dan anak kedua lelaki berumur 16 tahun.

“Saya tidak dapat bekerja kerana kilang tutup dan perniagaan sambilan menjual bantal juga tergugat, agak susah mencari rezeki di kala pandemik ini.” Berkongsi keperitan hidup yang sedang dialami, namun jelas dia kelihatan sangat tabah dan ini memberikan kami inspirasi untuk tabah seperti beliau.

Manakala Norhidayu Binti Ismail, 35 tahun pula mempunyai empat cahayamata yang masih kecil
Suami 37 tahun bekerja sebagai pemandu lori, dan tidak dapat bekerja sepenuh masa kerana kesan pandemik. Kehidupan mereka sangat perit dalam membesarkan anak-anak.

“Kami makan apa yang ada, yang tak mampu kami diam dan bersabar sahaja. Syukur bantuan kotak makanan ini dapat membantu meringankan beban kami.” Terukir senyuman di wajah Norhidayu

Wajah sayu apabila menerima kotak bantuan MAPIM MALAYSIA, Zainab Binti Bawuk 53 tahun bekerja sebagai pengasuh anak. Namun sekarang ini tiada anak asuhan untuk dijaga. Di mana sebelum ini beliau mengasuh empat orang anak asuhan.

Zainab Binti Bawuk menerima bantuan dari MAPIM Malaysia

Suami beliau seorang pemandu lori sudah dua bulan tidak bekerja. Persekolahan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) dua anak beliau masih diteruskan walau banyak kekangan. Anak yang sulung perempuan berumur 16 tahun, yang kedua pula anak lelaki 15 tahun. Amat berat dugaan hidup keluarga ini, pinjaman perumahan terabai. Wang simpanan terpaksa dicatu untuk perbelanjaan harian termasuk makanan asas.

Kisah tiga keluarga ini bukan sahaja menyingkap kisah kesengsaraan kehidupan yang terkesan akibat pandemik, tetapi juga memberitahu bahawa mereka sangat tabah dalam menghadapi ujian dunia ini.

“Misi ke Shah Alam ini memberi banyak pengajaran inspirasi kehidupan. MAPIM Malaysia menyantuni keluarga asnaf dan keluarga terkesan dari pandemik ini, seratus kotak bantuan makanan diedarkan. Moga bantuan ini dapat meringankan bebanan yang sedang dihadapi.” Menurut Kapten Bersekutu (PA) Haji Muhammad Faris Bin Hussain selaku Bendahari Agung MAPIM.

 

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

Related Articles

Back to top button