EkonomiSemasa

Kilang ayam ditutup, tidak penuhi piawaian

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

PUTRAJAYA: Sebuah kilang pengeluar ayam di Jasin, Melaka diarahkan tutup sementara waktu pada hujung minggu ini bagi membolehkan ayam yang dihasilkan menepati saiz yang ditetapkan oleh pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, bagaimanapun ia tidak menjejaskan bekalan bahan makanan di pasaran.

 

Pihaknya dimaklumkan berat ayam ketika ini ialah 1.1 kilogram dan mahu ditingkatkan beratnya sebanyak 1.8 kilogram.

Tambahnya lagi, syarikat berkenaan tidak mahu timbul masalah apabila mereka membekalkan ayam bersaiz kecil di dalam pasaran.

“Selain itu, mereka nak jaga nama mereka sebagai pengeluar ayam. Biasanya ayam apabila memasuki pasaran ada usia matangnya di ladang. Kalau ayam itu tidak cukup berat seperti biasa, jadi ia boleh menimbulkan masalah lain.

“Berikutan itu mereka kata nak tutup dahulu. Mereka bukan kekal tutup, ia tidak akan menjejaskan bekalan ayam di pasaran,” katanya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button