Semasa

Khidmat ambulans MAPIM bergegas hantar warga emas tidak sedarkan diri

Fatimah alami kencing manis, uzur

KAJANG 30 April : Bukan sahaja membantu dari sudut bekalan makanan, infrastruktur dan khidmat nasihat, Majlis  Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) juga sentiasa bersedia dalam membantu dari sudut kecemasan.

Sebagai satu badan yang sudah dikenali tidak pernah henti menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik, hari ini, MAPIM melalui khidmat ambulansnya pagi ini mengejarkan seorang warga emas ke Hospital Serdang.

Seorang warga emas, Fatimah Hasan, yang berusia 71 tahun dikejarkan ke hospital selepas didapati tidak sedarkan diri.

Aktivis  MAPIM serta pengendali ambulans menerima panggilan kira-kira pada jam 8:26 pagi dan terus menyediakan ambulans untuk membawa pesakit ke hopsital berkenaan. Sebaik dihubungi pegawai Tugas-Tugas Khas MAPIM pergi ke rumah warga tua berkenaan dan melakukan segala persiapan dan tatacara untuk membawa Puan Fatimah untuk mendapatkan rawatan.

Fatimah yang sedang dalam keadaan uzur dikhabarkan mengalami penyakit kencing manis.

Difahamkan sebelum ini beliau enggan datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan walaupun beberapa kali dipujuk  oleh anak-anaknya.

Mereka berterima kasih kepada pihak MAPIM atas inisiatif memberikan khidmat ambulans ini yang sangat membantu mereka yang berada dalam keadaan kecemasan.

Warga emas itu  kini dimasukkan ke wad kecemasan dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

MAPIM Malaysia kini punyai 21 buah ambulans keseluruhan di tiga negara iaitu Syria, Palestin dan juga Malaysia atas kepercayaan dan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada MAPIM untuk melaksanakan tugas khidmat dan pembelaan Ummah dalam dan luar negara

MAPIM sentiasa menghargai sokongan masyarakat Malaysia dalam menjalankan kerja-kerja ummah yang berterusan. Sumbangan masyarakat kepada MAPIM dimanfaatkan kepada manfaat orang lain bak pahala berganda dan berterusan.
#Khidmat ambulans  MAPIM boleh dihubungi melalui talian 1-300-888-038
———
*2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain. Sumbangan boleh dibuat melalui:WWW.BANTUUMMAH.COM
ATAU
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button