DuniaSemasaSyria

Khemah pelarian Syria di Lubnan musnah akibat kebakaran

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

LUBNAN : Menurut media tempatan, kebakaran ini berlaku di kem pelarian Syria di timur Lubnan pada hari Rabu semalam. 

Menurut Agensi Berita Nasional milik kerajaan, kebakaran itu memusnahkan 93 khemah di bandar Arsal dan menyebabkan kira-kira 100 keluarga Syria kehilangan tempat tinggal.

Tambahnya, banyak harta benda musnah dan tiada kecederaan yang dilaporkan. 

Punca kebakaran belum dikenal pasti.

Kem itu menempatkan kira-kira 900,000 daripada 1.5 juta pelarian Syria, kedua terbesar selepas 3.7 juta di Turkeye yang berdaftar di Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR).

Kebanyakan pelarian mengalami keadaan hidup yang sukar, terutamanya dengan krisis ekonomi Lubnan yang berpanjangan dan krisis ekonomi global.


MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:

– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987 

 

Related Articles

Back to top button