GAZA: Pemotongan bekalan elektrik yang berpanjangan di Semenanjung Gaza telah mencairkan stok ais krim, memaksa kedai-kedai berhenti menjualnya walaupun gelombang haba telah meningkatkan permintaannya.
Ketika suhu musim panas di Gaza kini melebihi 34 darjah Celcius, ais krim menjadi pilihan popular kerana harganya yang murah. Ais krim menjadi alternatif bagi 2.3 juta penduduk di sana yang terhimpit dalam jalur sempit antara Israel dan Mesir.
A Palestinian woman fans her daughter with a tray during a heatwave and lengthy power cuts in Gaza City. For Palestinians living on the crowded Gaza Strip, power cuts have been lasting up to 10 hours a day https://t.co/lLjXgU2gg5 📷 @msalem66 pic.twitter.com/F5mUihUwKc
— Reuters Pictures (@reuterspictures) August 2, 2022
Namun, pemilik premis barangan runcit berkata mereka terpaksa berhenti menjualnya walaupun cuaca yang sangat panas telah meningkatkan permintaannya.
“Separuh daripada stok ais krim telah cair. Apa boleh kami buat? Rugi..tanggung rugi..” keluh Fouad Awadallah kepada Agensi berita Reuters.
Jelas pegawai tempatan, Gaza pada kebiasaannya memerlukan kira-kira 500 megawatt kuasa setiap hari pada musim panas seperti bulan Jun, Julai dan Ogos. Kini, ia menerima 120 megawatt daripada Israel manakala loji janaan kuasa tunggal hanya akan membekalkan 60 megawatt lagi.
Kekurangan itu bermakna penduduk hanya mempunyai kira-kira 11 jam elektrik sehari dan itu pun terputus-putus.
Pemilik Kedai Ais krim Kazem, Mohammad Abu Shaban berkata, dia terpaksa menggunakan penjana elektrik atau ‘generator’ yang mahal semata-mata untuk memastikan perniagaannya tidak terjejas.
“Saya tidak boleh tutup generator walaupun seminit jika bekalan elektrik tiba-tiba terputus”, jelas Mohammad Abu Shaban.
Palestine: Power cuts melt #Gaza‘s ice cream stocks as heatwave boosts demand https://t.co/42VLYR3fmY
— Middle East Monitor (@MiddleEastMnt) August 29, 2022
Saly Abu El-Haj, 25 tahun, terpaksa berjalan sejauh 13 kilometer dari kem pelarian Nusseirat semata-mata untuk membeli ais krim dari Kedai Ais krim Kazem di tengah-tengah bandar Gaza kerana kedai berdekatan telah memberhentikan penjualannya,
“Bukan hanya ais krim, kami tidak boleh membeli apa-apa lagi barangan makanan beku kerana peniaga tidak mahu lagi menyimpan stok makanan. Mereka bimbang stok mereka akan terpaksa dibuang apabila bekalan elektrik terus terputus.” kata Saly Abu El-Haj.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia