KerohanianSemasa

Keutamaan amalan soleh pada bulan Dzulhijjah

Alhamdulillah kita bersama-sama telah memasuki ke tanggal 1 Dzuhijjah 1444H hari ini. Dzulhijjah merupakan bulan ke 12 dalam kalendar tahunan hijrah dan merupakan antara bulan suci yang dimuliakan.

Allah SWT juga menganugerahkan banyak peluang kepada umat Islam bagi menggandakan amalan-amalan soleh dengan pengharapan penuh mendapatkan keredhaan dari-Nya.

Berikut merupakan antara amalan yang dianjurkan untuk kita lakukan:

1. Berpuasa bagi meraih keutamaan bulan Dzulhijjah.

Membanyakkan amalan soleh pada 10 hari pertama bulan Dzulhijjah dengan berpuasa, seperti yang diriwayatkan dalam hadis yang bermaksud:

“Bahawa Nabi SAW tidak meninggalkan puasa pada hari Asyura, 10 hari (terawal Zulhijjah), dan tiga hari setiap bulan”. Riwayat Imam Ahmad.

2. Banyakkan zikir, takbir dan tahlil.

Para ulama menyarankan agar umat Islam memperbanyak takbir, tahlil, dan tahmid selama bulan Dzulhijjah. Takbir juga dilaungkan setiap kali selesai solat fardhu di masjid, pada hari raya Aidiladha sampai waktu petang hari tasyrik iaitu sewaktu solat Asar.

3. Laksanakan solat sunat Aidiladha.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

Dari Anas bin Malik RA beliau mengatakan bahawa ketika Nabi SAW tiba di Madinah, masyarakat Madinah memiliki dua hari yang mereka rayakan dengan bermain. Kemudian Nabi SAW bertanya, “Dua hari apakah ini?” Mereka menjawab, “Kami merayakannya dengan bermain di dua hari ini ketika zaman jahiliyah”. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah telah memberikan ganti kepada kalian dengan dua hari yang lebih baik: Aidilfitri dan Aidiladha.

(HR. An-Nasa’i, Abu Daud dan Ahmad)

4. Menyembelih haiwan korban

Tidaklah asing lagi perayaan Hari Raya Aidiladha yang disertai dengan ibadah korban, kerana korban adalah salah satu ibadah yang memiliki keutamaan yang luar biasa. Jenis haiwan yang boleh dikorbankan harus mematuhi syariat, sama ada kambing atau lembu sesuai dengan kemampuan seseorang.

Sesungguhnya Allah SWT berfirman dalam Surat Al-Kausar ayat 2 yang ertinya:

Laksanakanlah salat untuk Rab-mu dan sembelihlah qurban.”

(QS. Al-Kautsar: 2)

5. Mandi sebelum solat Aidiladha

Sebelum beribadah atau menghadap Allah SWT, adalah wajib untuk kita membersihkan diri dan pakaian kita dari kotoran atau pun najis. Perkara ini dilakukan supaya ibadah yang dilakukan adalah dalam keadaan suci dan diterima oleh Allah SWT.

6. Tidak makan sebelum solat Aidiladha.

Dalam hadis riwayat Ibnu Majah menerangkan bahawa,

“Nabi SAW biasanya tidak keluar pada hari Aidilfitri hingga makan terlebih dahulu, dan tidak makan pada hari Aidiladha hingga baginda kembali dari solat”.

(HR. Ibnu Majah)

Itulah dia antara keutamaan atau keistimewaan bulan Dzulhijjah. Semoga Allah SWT menerima ibadat korban kita dan sentiasa diberikan kekuatan untuk sentiasa beramal di jalanNya.

Mari melaksanakan ibadah korban 2023/1444H bersama MAPIM Malaysia.

Mengapa MAPIM Malaysia?

✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.

Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.

Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.

“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.”  
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Sertai ibadah korban bersama MAPIM Malaysia, layari  www.ibadahqurban.com

ATAU

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016. 

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button