Semasa

Ketua ajaran sesat PMYT isytihar bertaubat

PETALING JAYA : Wanita yang merupakan ketua ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), Masitah Ab Jalar telah membuat pengisytiharan taubatnya (Istitabah) hari ini.

Sittah atau nama sebenarnya Masitah Ab Jalar membuat pengisytiharan itu di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

“Dengan ini saya bertaubat kembali ke pangkal jalan mengamalkan ajaran Islam berdasarkan sumber pengetahuan dan ilmu yang benar saya insaf bahawa tiada jalan pintas ke syurga melainkan dengan keyakinan akidah Islam…,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial seorang wanita dengan gelaran Sittah Annur dikaitkan dengan ajaran sesat mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di sabah dan memimpin pasukannya bagi mencari imam Mahdi untuk melawan musuh.

Wanita terbabit juga mendakwa dirinya mempunyai keistimewaan dan berupaya membuat ramalan berkaitan apa yang akan berlaku pada masa depan.

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button