SemasaSyariah

Ketahui kesan jangka masa akan datang jika menikah di Thailand

PUTRAJAYA: Pasangan yang ingin mengambil keputusan untuk bernikah di luar negara terutamanya di Thailand perlu ketahui mengenai kesan dan akibat yang bakal dihadapi mereka pada masa akan datang.

Kesan dan akibat menjalankan pernikahan di sempadan atau menerusi sindiket tidak boleh dipandangan ringan. Wanita kena ambil tahu agar tidak tertipu dan menanggung masalah lebih besar pada masa akan datang.

Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Abdul Halim Muhammad berkata meskipun pernikahan tidak melanggar syarak di sisi Islam jika memenuhi rukun nikah namun beberapa perkara perlu disemak sebelum terjebak dengan sindiket atau proses pernikahan tidak sah.

Kesan utama yang akan datang jika sebuah pernikahan itu tidak sah ialah status anak-anak yang lahir untuk didaftarkan tidak didaftarkan atau dinasabakan kepada bapa mereka.

Isteri yang dikahwini juga menerima kesan yang lain iaitu melibatkan kehilangan kelayakan untuk menuntut hal-hak isteri seperti nafkah hak sebagai harta sepencarian dan sebagainya.

“Perkara ini tentu sekali merugikan kepada bakal isteri atau pun isteri yang telah dikahwini yang susah payah untuk berkahwin tapi akhirnya mereka pulang ke Malaysia dalam keadaan pernikahan mereka tidak sah,” kata Abdul Halim di sini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

Menurut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof,  berkata masalah akan timbul apabila anak mereka ingin berkahwin. Mereka perlu ke mahkamah untuk mengesahkan perkahwinan dan juga membayar denda, malah ada situasi yang memerlukan pasangan untuk bernikah semula. Masalah juga mungkin timbul dalam urusan pembahagian harta kelak.

Berdasarkan Seksyen 40 (2) Akta 303 Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, jika pasangan tersebut lewat dan gagal mendaftarkan perkahwinan melebihi enam bulan, mereka akan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Jadi ditegaskan di sini bahawa mahkamah syariah di Malaysia adalah medan terbaik bagi suami yang ingin berpoligami dengan menggunakan saluran undang-undang betul.


BACA JUGA

Poligami perlu ikut undang-undang, jujur dengan pasangan – Exco

Related Articles

Back to top button