Semasa
Kes taun di Selangor
KUALA LUMPUR : Jabatan Kesihatan Selangor telah mengesan satu kes taun di daerah Petaling Jaya.
Kejadian itu dikesan oleh Jabatan Kesihatan Selangor, menurut ciapan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini.
“Orang awam dinasihati hanya minum air yang telah dirawat atau dididihkan sahaja. Jaga kebersihan diri dengan baik dan elakkan makan makanan mentah atau kurang masak,” katanya.
Beliau menyatakan maklumat lanjut mengenai kes itu akan dikeluarkan kemudian.
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM