KOTA KINABALU : Kes pertama Covid-19 varian Omicron dikesan di daerah Tawau di sini.
Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata pesakit membabitkan seorang warganegara yang pulang dari menunaikan umrah di Arab Saudi pada 9 hingga 18 Disember lalu.
5/1: Sabah Covid update
Daily caseload continues to rise & today it’s 280, 22 cases more than yesterday’s. KBelud & KK share the top spot with 41 cases each.
276 of the 280 cases are in Cat.1 & 2.First case of Omicron has been detected in Tawau but person has since recovered.
— Masidi Manjun (@MasidiM) January 5, 2022
Menurutnya, pada tarikh 19 Disember 2021, lelaki itu pulang ke tanah air menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tiba di Tawau bersama isterinya pada 20 Disember lalu.
“Pesakit berkenaan dan isteri diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah selepas didapati positif Omicron melalui keputusan ujian ‘whole genome sequencing’ pada 4 Januari lalu.
“Isteri pesakit yang juga menjalani kuarantin pada masa sama dikesan positif Covid-19 melalui ujian PCR pada 24 Disember lalu.
Keputusan ‘whole genome sequencing’ untuk isterinya masih dalam ujian di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR),” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
“Keadaan kedua-dua pesakit pada masa ini adalah sihat. Ketika disahkan positif Covid-19, pesakit adalah kategori dua, manakala isterinya kategori satu
Masidi berkata, kedua-dua pesakit itu sudah menerima vaksin lengkap awal Jun tahun lalu.
“Mereka berdua sudah selesai menjalani kuarantin pada 1 Januari dan pulih daripada jangkitan virus berkenaan,” katanya.