NEW DELHI : Kes pertama Covid-19 telah dikesan di India semalam melibatkan varian Omicron XE di ibu kota kewangannya, Mumbai.
Menurut media tempatan, varian baharu itu kini menjadi varian dominan di negara itu dan dipercayai lebih mudah merebak berbanding varian Omicron yang pertama kali dikesan di Britain.
Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan varian baharu tersebut kira-kira 10 peratus lebih mudah merebak berbanding subvarian BA.2 Omicron.
Sehingga kini, sub-varian BA.2 Omicron dianggap sebagai strain Covid-19 yang paling tinggi menjangkiti, menurut laporan media itu.
– AGENSI