SHAH ALAM: Sebanyak 3,913 kes Covid-19 dicatatkan pada Ahad menjadikan kumulatifnya adalah 4,927,451 kes di negara ini.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak 5 kematian kes Covid-19 direkodkan.
Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula kini berjumlah sebanyak 36,716 dengan 35,039 atau 95.4 % daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.
Sebanyak 1,610 kes Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 67 daripadanya dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU).
Seramai 50 kes memerlukan bantuan pernafasan, manakala 3,774 dicatatkan sembuh.
Kementerian kesihatan Malaysia terus menasihatkan orang ramai untuk terus berwaspada terhadap penularan Covid-19 dalam fasa peralihan ke endemik ini.
Pemakaian pelitup muka adalah antara langkah pencegahan yang dapat mengurangkan penularan virus itu terutamanya di kawasan jangkitan berisiko tinggi.