Covid19Semasa

Kes baharu jangkitan Covid-19 kekal lima angka

KUALA LUMPUR : Kes baharu jangkitan Covid-19 kekal lima angka iaitu sebanyak 11,034 kes direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata jumlah jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kes di Malaysia setakat ini sebanyak 2,925,254.

Menurutnya lagi, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dijangka membuat beberapa pengumuman penting dalam sidang media petang ini.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button