DomestikSemasa

Kerjasama MAPIM dan JAMN santuni ‘frontliner’ MCO Pelabuhan Klang

MAPIM sempat membantu ketika ribut melanda

KLANG : Petugas barisan hadapan atau frontliner tidak pernah kenal erti penat dalam mengerahkan tenaga demi membantu mengekang penularan Covid-19.

Mereka yang lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) sanggup melaksanakan tugas dalam keadaan panas  ketika melakukan ujian calitan kepada orang ramai.

Begitulah pengorbanan ‘frontliner’ di Pusat Saringan Pelabuhan Klang yang sebelum ini bertapak di Sri Andalas, namun terpaksa dipindahkan disebabkan kedudukannya yang jauh dari kawasan penempatan, sekali gus  mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memudahkan urusan petugas serta pesakit yang mengunjungi pusat penilaian Covid-19 ini.

Atas dasar keprihatinan, pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) merasa terpanggil bagi meminjamkan empat buah ‘air cooler’ kepada petugas kesihatan di Pusat Saringan Pelabuhan Klang.

Menurut Setiausaha Agung MAPIM, Mejar Zulhanis Zainol berkata, mereka terpanggil untuk menghulurkan sumbangan ini melihatkan keadaan semasa pusat saringan berkenaan.

“Alhamdulillah, hari ini kami telah meminjamkan empat buah ‘air cooler’ dan menyumbangkan pek air mineral kepada petugas di sini. Kami rasa sayu apabila mendapat tahu bahawa petugas di sini terpaksa berkerja dalam suasana panas ditambah pula mereka mengenakan pakaian PPE. Sumbangan ini bukanlah besar tapi kami harap ia sedikit sebanyak dapat tingkatkan tahap keselesaan petugas di sini,” katanya ketika ditemubual UMMAHtoday.

Inisiatif ini juga merupakan kerjasama bersama pihak Jabatan Amal Negeri Selangor yang telah membantu daripada segi penyediaan kenderaan untuk memudahkan proses membawa barang bantuan.

JAMN menyediakan sebanyak lima buah kereta jenis pacuan empat roda bagi membawa pek makanan beserta sebuah lori bagi mengangkut air cooler tersebut.

Dugaan berat menimpa mereka apabila kejadian ribut berlaku membadai kawasan Pusat Penilaian Covid-19 berkenaan sehingga menyebabkan khemah roboh dan pengujung terpaksa pulang.

Timbalan Pengarah Jabatan Kemasyarakatan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ahmad Fahim Rosli menjelaskan keadaan ketika ribut itu amat membahayakan pengunjung yang hadir malah ada yang tercedera dalam insiden itu.

“Kejadian ribut tadi agak teruk sehingga menyebabkan tujuh daripada 12 khemah rosak. Dua orang mangsa telah tercedera tapi sudah mendapat rawatan di hospital dengan segera dan sekarang dah dibenarkan pulang,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MAPIM atas sumbangan ini yang sedikit banyak memudahkan lagi urusan petugas di sini untuk merawat pesakit Covid-19.

Oleh Hafeez Anuar

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

 

Related Articles

Back to top button