Semasa

Kerajaan Selangor agih 60,000 kit ujian kendiri Covid-19 secara percuma

Oleh Hafeez Anuar

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor akan mengagihkan 60,000 kit ujian kendiri Covid-19 di seluruh negeri Selangor secara percuma bermula September depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata sasaran penerima adalah keluarga yang disyaki positif serta golongan berisiko tinggi seperti warga emas, wanita hamil dan pesakit komorbid.

“Kit itu akan diagihkan melalui Pusat Khidmat Masyarakat dan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kerajaan negeri juga menyediakan tambahan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi bantuan khairat kematian kepada keluarga mangsa Covid-19.

Menurutnya, peruntukan tambahan ini akan diberikan kepada 1,000 lagi keluarga mangsa Covid-19 dengan permohonan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021,” katanya.

Sementara itu, Amirudin memaklumkan sebanyak 5.7 dos vaksin telah diagihkan di pusat pemberian vaksin (PPV) di Selangor menerusi Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Negeri Selangor (PICK).

Mengulas lanjut, daripada jumlah itu sebanyak 3.6 juta individu atau 77.17 peratus penduduk telah menerima dos vaksin pertama.

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button