Semasa

Kerajaan gesa hentikan caj tinggi pengurusan jenazah

KOTA BHARU : Kerajaan akan memastikan isu caj tinggi proses tayammum jenazah Covid-19 segera dihentikan ekoran dakwaan yang diterima berkenaan masalah itu di Kelantan.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, rundingan secara berterusan dilakukan oleh pihaknya dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIK).

Tambah beliau, MAIK sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut dengan memanggil pihak yang telribat dengan caj tinggi pengurusan jenazah Covid-19.

“Sekiranya ada yang mengambil peluang mengenakan caj berlebihan sehingga membebankan waris, perkara ini sememangnya tidak patut dilakukan.

“Ia akan mengundang masalah apabila kena pada mereka yang tidak mampu. Bagaimanapun keadaan ini masih terkawal dan berada dalam tindakan serta pemerhatian kerajaan selain akan ia akan diselesaikan segera.” katanya.

Ahmad Marzuk turut mengatakan pihaknya masih belum mendapat maklumat tepat sama ada wujud kartel pengurusan jenazah di bilik mayat hospital di Kelantan.

“Hal ini disebabkan proses pengurusan jenazah biasanya tidak dilakukan oleh kakitangan hospital atau Unit Forensik sebaliknya dilaksanakan oleh pihak pengurusan daripada luar,” katanya.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button