Semasa
Kerajaan beri lampu hijau laksana Undi 18
KUALA LUMPUR : Kerajaan mengumumkan bahawa mereka bersetuju untuk melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik yang akan mengambil masa.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan di Parlimen untuk tujuan berkenaan.
“Saya berharap, dengan adanya kerjasama bi-partisan di Parlimen, rang undang-undang ini akan dapat diluluskan,” katanya dalam Ucapan Khas yang disiarkan secara langsung semalam.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, keenam rang undang-undang termasuk rang undang-undang perbekalan yang akan dibentangkan di Parlimen akan dirundingi terlebih dulu dengan semua Ahli Parlimen.
-BH Online
Oleh Hafeez Anuar