BAITULMAQDIS: Kakitangan Kementerian Pendidikan israel telah melakukan pemeriksaan beg pelajar Palestin Sekolah Al-Eman dan Sekolah al-Ibrahimia, kejiranan Baitulmaqdis Beit Hanina untuk mencari kurikulum Palestin, menurut media WAFA.
Pemeriksaan tersebut merupakan sebahagian daripada langkah lebih luas yang diambil oleh Kementerian Pendidikan israel untuk mengenakan kurikulum israel dan memalsukan naratif sejarah.
Kementerian Hal Ehwal Baitulmaqdis Palestin mengecam serbuan sekolah dan menggeledah beg pelajar, menyifatkannya sebagai ‘keganasan intelektual yang dikutuk oleh semua undang-undang antarabangsa.‘
A part of the Palestinians’ protest stand in front of the “Al Eman Schools” in Beit Hanina, in refusal to storm it by the occupation and search the students yesterday pic.twitter.com/zHhMQlUrtv
— AlQastal News (@QastalNewsEn) October 27, 2022
Pada penghujung Julai 2022, Kementerian Pendidikan israel meluluskan pembatalan lesen tetap untuk sekolah Palestin di Baitulmaqdis kerana menyifatkan kurikulum pendidikan sebagai ‘hasutan terhadap Israel dan tentera dalam buku teks.’
Menteri Yifat Shasha-Biton mengancam untuk membatalkan lesen setiap institusi pendidikan yang mengandungi kurikulum yang menghasut kepada ‘Negara israel dan simbolnya.’
Hal ini berlaku selepas beberapa siri pemeriksaan ke atas sekolah-sekolah ini dijalankan oleh Jabatan Kawalan dan Penguatkuasaan Kementerian israel, yang melibatkan pemilihan buku daripada beg pelajar di dalam bilik darjah dan memanggil pengetua sekolah ke jawatankuasa mendengar.
Kementerian akhirnya membatalkan lesen operasi tetap 6 sekolah dan menggantikannya dengan lesen sementara selama setahun, di mana sekolah berkenaan terpaksa untuk mengeluarkan beberapa kandungan sebagai syarat untuk memulangkan lesen.
Sekolah yang terjejas termasuklah Kolej Abrahamic di kawasan kejiranan al-Sawana, yang diasaskan pada tahun 1931 dan Sekolah Al-Eman, dengan 5 cawangannya di seluruh al-Quds yang diduduki, ditubuhkan pada tahun 1984.
Rujukan: Aman Palestin dot net
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini