PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengajak umat Islam di negara ini untuk menyatakan solidariti dan sokongan terhadap rakyat Palestin yang masih dipenjara tanpa perbicaraan, semata-mata kerana berjuang menuntut kemerdekaan.
Dalam kenyataan pada Khamis bagi menzahirkan ucapan takziah atas pemergian aktivis Palestin, Sheikh Khader Adnan, beliau berkata, semua pihak perlu mengutuk tindakan rejim israel itu.
Katanya, ia sebagai isyarat jelas bahawa masyarakat dunia menolak sebarang bentuk kezaliman dan penganiayaan walau dalam apa jua ruang yang ada.
“Adalah amat menyedihkan tahanan Palestin di penjara israel termasuk golongan wanita dan kanak-kanak terus ditindas oleh rejim israel”.
“Kezaliman serta penyeksaan yang diperlakukan kepada tahanan Palestin adalah sesuatu yang bertentangan dengan prinsip keadilan dan hak asasi manusia,” katanya.
Selasa lepas, media antarabangsa melaporkan Khader Adnan meninggal dunia ketika dalam tahanan di penjara Israel selepas 86 hari mengadakan mogok lapar bagi membantah penahanan sewenang-wenangnya rakyat Palestin oleh rejim israel serta layanan kejam terhadap tahanan.
Dr Mohd Na’im menyifatkan kecuaian serta keengganan pihak berkuasa israel untuk menyediakan kemudahan perubatan sehingga menyebabkan kematian aktivis itu, sebagai tidak berperikemanusiaan dan tidak bertanggungjawab.
BACA JUGA
Gaza kembali bergolak susulan penganiayaan Khader Adnan
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia