Semasa

Kemalangan China Eastern Airline : kotak hitam kedua dijumpai

Kotak hitam kedua pesawat China Eastern Flight MU5735 boeing 737-800, telah dijumpai pada 27 March beberapa hari selepas penemuan kotak hitam pertama.

Pihak penyiasat kini boleh memulakan siasatan bagaimana pesawat itu jatuh lebih dari 6000 meter dalam seminit.

Kotak hitam kedua mengandungi data seperti kelajuan, ketinggian dan arah penerbangan. Bagaimanapun, penyiasatan akan memakan masa beberapa bulan bagi mengenalpasti punca kemalangan pesawat tersebut.

Seorang Professor dari School of Aeronautic Science and Engineering bersama Universiti Beihang, Huang Jun, memberi tahu the Global Times kedua-dua kotak hitam adalah penting bagi mengesan punca kemalangan pesawat tersebut dan data dari kedua-dua kotak hitam boleh saling menyokong.

Menurut kenyataan Chinese Civil Aviation Administration (CAAC) pada Sabtu petang, semua 132 mangsa telah disahkan mati dan dibuat ujian DNA.

Syarikat China Eastern telah membekukan kesemua pesawat Boeing 737-800 mereka sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurutnya, pesawat yang terhempas itu berusia hampir tujuh tahun dan memenuhi segala keperluan penerbangan sebelum bertolak.

China menjalankan upacara berkabung kepada semua mangsa kemalangan pesawat China Eastern itu.

Oleh Wartawan pelatih – Izzul Nazaruddin

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button