SemasaSyria

Kem mangsa gempa di Syria musnah akibat banjir

SYRIA: Puluhan kem pelarian di barat laut Syria telah rosak akibat banjir selepas ribut lebat melanda wilayah itu baru-baru ini.

Hujan lebat semalaman di kawasan luar bandar barat wilayah Idlib merosakkan ratusan tempat perlindungan yang didirikan bagi menempatkan mangsa yang terselamat daripada dua gempa bumi 6 Februari lalu.

Beberapa tempat perlindungan dinaiki air antaranya di kem bandar Hafsarjah dan Bishmaroun serta beberapa kedai telah runtuh di kampung Adwan, kata seorang pegawai Pertahanan Awam Syria kepada Al Jazeera.

“Air deras menyebabkan kerosakan kepada lebih 40 kem, yang didirikan bagi mereka yang terjejas akibat gempa bumi, di mana lebih 700 khemah rosak, seorang kanak-kanak cedera ringan, beberapa kedai runtuh, serta air menghalang beberapa jalan di bandar dan pekan,” lapor Munir Al-Mustafa, timbalan pengarah Pertahanan Awam Syria.

Al-Mustafa memberitahu bahawa lebih 300 khemah untuk mangsa gempa bumi di 20 kem telah rosak.

Pengarah kem Adwan, Abu Abdullah berkata bahawa kebanyakan keluarga yang tinggal di kem itu, yang terletak di kawasan rendah, dipindahkan dari bandar Qalaat al-Madiq di kawasan luar bandar barat wilayah Hama.

“Kira-kira 223 keluarga daripada 240 keluarga yang tinggal di kem itu kini kehilangan tempat tinggal akibat hujan lebat,” kata Abu Abdullah.

Semua penduduk kem telah dipindahkan ke sekolah dan masjid di kampung berhampiran kem sebagai tempat perlindungan sementara.

Cuaca ribut dijangka berterusan dan wilayah itu diramalkan akan mengalami penurunan suhu, menurut pakar meteorologi.

TONTON JUGA
Gempa di Syria: Rakyat menyelamat mangsa dalam serba kekurangan

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button