RAMALLAH: Puluhan rakyat Palestin berarak di pusat bandar Ramallah, tengah-tengah Tebing Barat, menuntut pihak berkuasa pendudukan israel untuk menyerahkan jenazah hampir 117 rakyat Palestin yang dibunuh oleh pasukan pendudukan israel sejak 2015.
Perarakan itu disertai oleh keluarga rakyat Palestin yang dibunuh oleh pasukan pendudukan israel, kerana mereka menuntut hak untuk mengebumikan orang tersayang mereka dengan cara yang terhormat.
Perarakan itu dihadiri oleh berpuluh-puluh rakyat Palestin yang melaungkan slogan dan mengibarkan sepanduk menuntut penyerahan segera para syuhada yang mayatnya sama ada dikebumikan di tanah perkuburan nombor israel atau dibekukan di rumah mayat israel.
Palestinians demonstrate in downtown Ramallah, in the central West Bank, demanding the return of the bodies of more than 150 Palestinians killed by Israeli occupation forces that are withheld by the Israeli occupation authorities, today. pic.twitter.com/BlbFFX5eaD
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) December 24, 2022
Pihak berkuasa pendudukan israel telah menahan mayat rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera israel, dengan mendakwa bahawa pengebumian rakyat Palestin akan memberi ancaman kepada israel.
Undang-undang antarabangsa menganggap amalan itu melanggar hak asasi manusia. Konvensyen Geneva mengatakan bahawa pihak-pihak dalam konflik bersenjata mesti mengebumikan si mati dengan cara yang terhormat,
“jika boleh mengikut upacara agama yang dianuti mereka serta kubur mereka harus dihormati, dijaga dengan baik, ditandakan sedemikian rupa agar kubur mereka sentiasa boleh dikenali”.
Palestinians hold a vigil in downtown Ramallah, in the central West Bank, demanding the return of the bodies of Palestinian martyrs withheld by the Israeli occupation authorities, today. pic.twitter.com/Zja7pCXZ8p
— Quds News Network (@QudsNen) December 24, 2022
Menurut kumpulan hak asasi manusia, mayat sekurang-kurangnya 117 rakyat Palestin, termasuk 12 kanak-kanak, yang dibunuh oleh tentera israel sejak 2015 kini ditahan oleh pihak berkuasa pendudukan israel.
Pada 2017, Mahkamah Agung israel memutuskan bahawa negara itu tidak mempunyai asas undang-undang untuk menahan jenazah, tetapi mengubah haluan pada 2019 dan mengekalkan dasar kerajaan untuk menahan jasad rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera pendudukan israel.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038(Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini