
Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today
PALESTIN: Sebilangan keluarga Palestin hari ini menuntut Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa menekan pihak berkuasa pendudukan israel supaya membebaskan jenazah rakyat Palestin yang ditahan di rumah mayat israel dan tanah perkuburan tentera khas.
Perkara Ini berlaku semasa protes yang dianjurkan oleh keluarga rakyat Palestin yang terbunuh di bandar Hebron, Bethlehem dan Jenin di Tebing Barat yang diduduki. Mereka menyatakan penolakan terhadap dasar israel untuk menahan mayat rakyat Palestin yang dibunuh oleh israel atas alasan rundingan dan tawar-menawar.
Keluarga-keluarga itu membantah di hadapan pejabat Palang Merah di pelbagai bandar dengan memegang sepanduk bertulis “kami mahu anak-anak kami,” “memegang syuhada adalah satu jenayah,” serta “menyimpan mayat syuhada yang ditangkap di bilik mayat dan tanah perkuburan adalah jenayah antarabangsa. Tindakan yang dilakukan terhadap keluarga mereka adalah jelas melanggar peruntukan Konvensyen Geneva Keempat.”
Keluarga-keluarga itu menegaskan bahawa semua alasan israel untuk meneruskan penahanan mayat adalah tidak wajar. Keluarga menuntut agar mayat-mayat dibebaskan segera tanpa sekatan dan syarat supaya mereka dapat memberikan pengebumian yang sewajarnya.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini